Isnin, 11 Oktober 2010

POLITIK TIDAK MENGENANG BUDI

Suatu ketika dulu keakraban tiga pemimpin trio Datuk Salleh, Tan Sri Pandikar dan Dato Shafie amat digeruni oleh Ketua Menteri Sabah. Melalui USBO mereka membuat lawatan ke seluruh Sabah. Dato Shafie pada ketika itu bertarap menteri memberi sokongan penuh pada para sahabatnya ketika itu. Di atas rasa sahabat Dato Shafie melantik sahabatnya sebagai Pengerusi Kraftangan Malaysia di waktu sahabat terkial kial memcari tempat berpaut dan berteduh. Atas dasar sahabat lagi beliau menyokong perlantikan sahabat menjadi Spekar Dewan Rakyat dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Bila disinggah sana para sahabatnya telah mula lupa dan satu kuasa telah membaluti persekitaran mereka dgn melaga  lagakan trio ini. Maka terpengaruhlah para dua sahabat akibat  momokan pecah dan perintah ini. KM telah dgn jayanya mengunakan kuasa wang, pangkat , kayu balak serta projek memikat dua sahabat sehingga menjadi pengikut setia. Maka tinggallah Dato Shafie seorang diri mempertahankan semua amukan mereka. Baru baru ini bila Dato Sahfie dtg ke daerah Kota Belud, kuasa jahat ini bergema lagi umpana Yahudi mengekang pengaruh rakyat Palestin. Di rasuknya para pemimpin dan YB UMNO di KB supaya memulaukan program rumah terbuka hari raya Dato Shafie. Maka bertempik soraklah para burung 'tebelad belad ' (AJK Bahagian) mengiyakan niat jahat itu. Bagi saya anak jati KB peristiwa ini amat memalukan org KB sendiri. Semua YB dan pemimpin UMNO KB termasuk seorang YB. dari Parti PBS memulaukan acara tersebut. Mujurlah org KB sendiri tidak sebodah pemimpin mereka. Rakyat KB dtg berduyun duyun menyambut sang menteri dan memberikan penghormatan. Saya amat merasa bangga dgn sikap org bawahan yg tidak mengindakan saranan pemimpin mereka. Syabas org KB...terima kasih. Sebahagian dari AJK UMNO Bahagian yg saya temui mengatakan bahawa Dato Shafie hanya temberang dan tak dpt memberi apa apa. Bagi yg mempunyai fikiran sempit maka adalah dirasakan perkara itu betul, mereka ini AJK Bahagian (burung tebelad tebelad) hanya menjadi anak catur ketua mereka dan umpama kerbau dicucuk hidung kemudian ditarik dgn tali ke sana kemari . Mereka tidak fikir dan kenang sesuatu ketika dulu siapa yg melempar tahi ke muka Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar dan org KB sekaliannya dengan tidak memilih kedua dua pemimpin ini sebagai calun di PRU 12. Apakah perbuatan ini,  Dato Shafie punya angkara. Tepuk dada tanyalah selera. Sehingga daerah Kota Belud mempunyai seorang ahli Parlimen dari luar...siapa yg merencanakan semua ini. Nampaknya org KB sudah lupa semua ini.


Oleh kerana semua YB dari KB sudah dipegaruhi maka harapan saya agar pengundi daerah KB berfikir secara sewajarnya. Saya bangga dgn sikap beberapa AJK Bahagian UMNO KB berani menghadirkan diri. Kepada Awadnir saya ucap tabik hormat kerana berani menghadapi cabaran dan risiko. Bagi saya peristiwa ini merupakan titik hitam pada daerah Kota Belud. Para pemimpin tdk pandai menghormati tetamu. Inilah stail kepimpinan yg mereka tonjolkan. Apakah rakyat akan bersetuju dgn sikap ini ? Rakyat KB harus berani dan jgn amalkan perbuatan tdk mengenang budi. Kepada PM Dato Najib kami mempunyai saranan 'take note' dgn peristiwa ini. Jgn perbuatan ini menjadi ikutan di masa akan datang. tak ada nilainya cogan kata UMNO " Bersatu Bersetia Berkhidmat ".     Bersambung........